Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kembali

Ramadhan kembali lagi. Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di ibu kota. Tidak kira kita berada di mana sekali pun, kewajipan kepada agama hendaklah ditunaikan. Ramadhan adalah bulan yang penuh nikmat dan keberkatan. Ambillah peluang ni untuk meningkatkan ibadat kita kepada Allah S.W.T. Kita adalah insan yang terpilih bagi melalui bulan yang penuh barakah ini. Jika tahun ini kita berpeluang untuk berpuasa, tahun mendatang kita tidak pasti sama ada kita masih berpeluang atau pun tidak. Oleh yang demikian, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar mengambil peluang yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita memperoleh kemenangan dalam menunaikan ibadat puasa.

Saturday, July 31, 2010

31 Julai

Tanggal 31 Julai telah diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan. Tujuan utama Hari Pahlawan adalah bagi memperingati pengorbanan anggota keselamatan negara yang telah terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara. Kini kita menikmati keamanan. Rasa bersyukur perlu ada dalam diri kita. Keamanan ini hendaklah dipelihara dan semestinya tanggungjawab ini perlu digalas oleh generasi masa kini.

Thursday, July 29, 2010

Komuter

Komuter sebagai penghubung antara bandar sekitar Kuala Lumpur & Lembah Klang. Mampukah KTMB menjadi tunjang utama perhubungan antara bandar? Inilah pengangkutan yang saya gunakan setiap hari untuk ke tempat kerja. Dari rumah ke stesen komuter mengambil masa sekitar 10-15 minit. Dari Stesen Shah Alam ke KL Sentral, ia mengambil masa 45 minit untuk tiba. Perjalanan yang jauh, tapi beginilah realti kehidupan yang perlu ditempuhi.

Monday, July 26, 2010

Royal Malaysian Navy Volunteer Reserve


Royal Commission 2007
Intake 9
Reserve Officer Training Unit
Royal Malaysian Navy


After three years training, I was commisioned by Yang DiPertuan Agong as Acting Sub Lieutenant for Royal Malaysian Navy Volunteer Reserve.