Ramadhan kembali lagi. Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di ibu kota. Tidak kira kita berada di mana sekali pun, kewajipan kepada agama hendaklah ditunaikan. Ramadhan adalah bulan yang penuh nikmat dan keberkatan. Ambillah peluang ni untuk meningkatkan ibadat kita kepada Allah S.W.T. Kita adalah insan yang terpilih bagi melalui bulan yang penuh barakah ini. Jika tahun ini kita berpeluang untuk berpuasa, tahun mendatang kita tidak pasti sama ada kita masih berpeluang atau pun tidak. Oleh yang demikian, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar mengambil peluang yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita memperoleh kemenangan dalam menunaikan ibadat puasa.
Bey0nd B0und@ries
COMING TOGETHER IS A BEGINNING,KEEPING TOGETHER IS PROGRESS,WORKING TOGETHER IS SUCCESS

Wednesday, August 11, 2010
Saturday, July 31, 2010
31 Julai

Thursday, July 29, 2010
Komuter

Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)